JellyPages.com

Wednesday 25 April 2012

KEPADAMU TEMAN

  Sahabat yang baik akan sentiasa kita kearah kebaikan dan mengingati Allah, bukannya membuat kita leka dengan kehidupan duniawi.



 Keceriaan n kemeriahan lebih dirasai andai bersama teman2 yang setia.......



 Ungkapan yang indah berupa kata-kata maaf daripada teman2 akan membuatkan kita lebih menyayanginya walaupun sedalam mana kemarahan diri...  (tp xsemua sama- rambut sama hitam, hati lain2)




 Uhibbukum Fillah................



 Manisnya bersahabat kerana ikhlas...

Sunday 22 April 2012

UKHUWAH SEJATI - FAR EAST

Kita ingin segalanya indah
Semurni pantai yang putih bersih
Indahnya bagai tersusun madah
Berseri ukhuwah dipupuk kasih

Kita rindukan kasih sayang
Untuk hiasi taman hati
Dalam melalui perjalanan suci
Ingin menuju arah Tuhan
Perlu tetap tujuan kita
Baru kehidupan aman berpanjangan

Demi perjuangan perlu satu hati
Tetapkan iman di dalam diri
Perintah Allah wajib dipatuhi
Sunnah Rasul perlu dicontohi
Biar keikhlasan kita berbicara
Barulah terhindar sengketa sesama

Thursday 19 April 2012

ingatlah wahai sahabatku....


Hargailah ibu selagi dia masih di sisi....

Kita Dan Ibu


baca dan renungkan ........
Selagi ibu kita diberi kesempatan oleh Allah swt bersama-sama kita janganlah kita menyusahkan lagi hidup ibu kerana selama ini kita telah banyak menyusahkan ibu

- KETIKA BERUSIA SETAHUN
IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

- APABILA BERUSIA 2 TAHUN
IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN
TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

- MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN
IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

- KETIKA BERUSIA 4 TAHUN
IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

- BERUSIA 5 TAHUN
IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

- SETELAH BERUSIA 6 TAHUN
IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : "TAK NAK! TAK NAK!"

- APABILA BERUSIA 7 TAHUN
IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN
TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

- MENJELANG USIA 8 TAHUN
IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA
KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

- KETIKA BERUSIA 9 TAHUN
IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN
TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

- BERUSIA 10 TAHUN
IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

- APABILA BERUSIA 12 TAHUN
IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

- MENJELANG USIA 13 TAHUN
IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP
AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

- KETIKA BERUSIA 14 TAHUN
IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

- BERUSIA 15 TAHUN
IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN
DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

- MENJELANG USIA 18 TAHUN
IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

- KETIKA BERUSIA 19 TAHUN
IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN
PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

- BERUSIA 20 TAHUN
IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA,
KITA KATA, "?ITU BUKAN URUSAN IBU."

- SETELAH BERUSIA 21 TAHUN
IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU."

- APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN
IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH
BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN?. "PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"

- MENJELANG USIA 24 TAHUN
IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, "IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH?."

- KETIKA BERUSIA 25 TAHUN
IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

- PADA USIA 30 TAHUN
IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA
MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, "?ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."

- KETIKA BERUSIA 40 TAHUN
IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI
KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, "KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG."

- APABILA BERUSIA 50 TAHUN
IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA
MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

- DAN KEMUDIAN SUATI HARI
KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL, INGATLAH KASIH
DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG


--------------------

Senyum itu penawar duka....
Untuk lebih informasi layari www.mesra.net

Friday 13 April 2012

Yang bertudung Bukan Pilihan, Yang Menutup Aurat Jadi Idaman

Bismillahirahmanirahim
" Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung !"
" Haa? Kenapa?"
" Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat."
Alhamdulillah. Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki. Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan RasulNya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.
Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.
Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang berlengan pendek. Jelasnya, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat.

Hayati kembali perintah Allah ini;
ا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[33:59]
Faktor inilah yang menyebabkan lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir lima enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang 'bertudung tapi mendedahkan aurat'. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau tidak dilayan.
Bagaimana pula dengan wanita yang langsung tidak bertudung ? Di mana mereka di hati orang mukmin? Adakah mereka akan menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah pasti tidak! Sedangkan yang bertudungpun masih diragukan dan ditolak ke tepi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung? Pasti akan dibuang sejauh-jauhnya.
" Cerewet sungguh orang-orang mukmin!"
Ya.. memang cerewet ! hehee..
Pernah membeli makanan di kedai kuih? Mana satu yang menjadi pilihan, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Saya yakin kita akan memilih yang berbungkus penuh kerana keadaannya dijamin lebih baik dan bersih.
Begitulah juga dengan orang-orang mukmin. Mereka memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari.
Lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua ;
"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW ketika di tanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah menjawab,
" Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]
Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan aurat dikhalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon isteri?
Cuba fikirkan sejenak..
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.

" Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat.. memilih-milihpun tiada guna."
Ya.. Jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak akan menzalimi hambaNya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya.
Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga. Demikianlah perempuan yang tidak mentaati Allah dengan menjalankan Islam secara sepenuhnya akan berkahwin dengan lelaki yang berperwatakan sepertinya. Itu janji Allah!
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
[24:26]
Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan RasulNya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.
- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Mohammad Aswan Bin Tanggiling Merupakan pelajar SematQuran(SQ), Ampang, Selangor dalam bidang terjemahan Al-Quran.Beliau berkongsi karya di http://mati-pasti.blogspot.com.