JellyPages.com

Sunday 31 March 2013

TAHUKAH ANDA??????


Semasa kecil, ramai dikalangan kita yang diajar lagu ini: 
Are you sleeping, are you sleeping, Brother John, Brother John. The morning bell is ringing, the morning bell is ringing, ding dong bell, ding dong bell.
Penulis tidak tahu sama ada lagu ini masih diajar di sekolah-sekolah rendah atau tidak. Namun, ketika itu, penulis dan rakan-rakan lain tidak begitu faham maksudnya samada Brother John merujuk kepada paderi atau abang bernama John, dan samada morning bell yang dimaksudkan itu loceng gereja atau loceng di rumah.
Seorang teman yang pernah belajar di sekolah Methodist di Sungai Siput, Perak berkata beliau juga tidak tahu maksud perkataan itu atau jenis sekolah di mana beliau dihantar.“Ketika itu, tidak ada sebab untuk meragui apa-apa kerana tak dengar pula unsure mengalihkan akidah sesiapa. Kawan Cina tetap dengan amalan dan kepercayaan mereka, begitu juga dengan kawan India, apatah lagi dengan kawan Melayu-Islam,” kata Hanizam Abdullah, seorang pengarang di Berita Harian.

Baru-baru ini, sebuah pusat tuisyen percuma di Jalan Kuchai Lama didakwa cuba memesongkan akidah murid Melayu terutama daripada keluarga miskin dan setinggan sejak lapan tahun lalu. Anak-anak kecil diajar menyanyi lagu memuji Jesus Christ oleh sekumpulan muda mudi bukan Melayu. Antara lagu-lagu yang diajar termasuk Yes, I Know Jesus Loves Me dan Hari Ini Ku Rasa Bahagia yang memuji Christ sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib.

Seorang tukang cuci, Rosiati Mohd Repha, 41, ibu kepada dua anak berumur tujuh dan 12 tahun belajar di pusat tiusyen itu, tidak sangka guru-guru di situ cuba menyebarkan ajaran Kristian secara halus. Beliau menghantar anak-anak ke sana kerana tiada yuran dikenakan. “Kerap anak-anak saya bawa balik hadiah kerana menang pertandingan menyanyi,” katanya, sambil mendapati anak-anaknya hanya menggunakan satu buku latihan sahaja yang bertulis ABC dan lukisan yang tiada kaitan dengan sukatan pelajaran tahun enam.”

Bekas Pengerusi Rukun Tetangga kawasan tersebut, Rosiah Ibrahim, 52, berkata pusat tiusyen itu mengajar pelajar menyanyi lagu-lagu Kristian dan dipertontonkan video mengenai Jesus Christ. Kuiz mengenai agama Kristian sering diadakan dan hadiah diberi kepada pemenang.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata usaha untuk mengkristiankan orang Islam pada masa ini bukan sahaja menarik penganutnya ke dalam agama Kristian tetapi cukup dengan menjauhkan orang Islam daripada agamanya. Ujar beliau lagi, walaupun usaha itu berselindung di sebalik alasan kebebasan beragama, ia terang-terangan melanggar peruntukan Perlembagaan dalam Perkara 11 (4) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti mengajak orang Islam keluar daripada agama.

“Ini bermakna wujud larangan penyebaran lain-lain agama selain daripada Islam terhadap orang Islam dan kerajaan harus mengambil tindakan paling tegas untuk memastikan kesucian agama Islam dengan mengguna pakai segala peruntukan perundangan yang ada,” katanya.