JellyPages.com

Tuesday, 15 January 2013

Sharing

Assalamualaikum..... 

Ape kabo shabat2 semua???? da lme rsenye sye xberkongsi cerita dalam blog nie.... Alhamdulillah, final exam bru je lepas, tp ujian muet pula mendatang... haiiya, bru jer nak rse xnak pengang bku cti sbulan nie... tapi nak wat macam mane??? kita hanya merancang dan Allah juga merancang, dan sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah..... jgn lpe 2... Sebenarnya xtau ape nak kongsi..  jap eh nak pk jap.... emmmmmmmmmm....... Hahhh!!! da dpat idea, 

Dalam dunia ni siapa org yang kawan2 palig sayang????  mesti ibu, ayah, abang, kakak, adik dan sume kaum kerabat la kan....  tp pernah x kt terfikir sejenak ade x kesalahan yang kita lakukan kpd mereka semua??? Sye juga ade banyak kesalahan kpd org yang tersayang iaitu ibu saya sendiri... kadang2 kt xsedar yang sebenarnya ade perbuatan kita yang menggores aty ibu kt.. tpi bla masanya kita nk memohon maaf drpd die??? waktu pekse?? or hari raya??? or selepas die lelapkan mata dan pergi buat selama-lamanya.... same-samelah kt menginsafi diri.. kerana dalam hidup ini orang yang paling memahami kt adalah ibu... disaat kt dalam kesusahan dialah  penasihat yang terbaik dan die juga org yang paling runsing jika kita dibelenggu masalah samada berat ataupun tidak...  jgn kt fikir ibu yang sentiasa sibuk @ lebih mementingkan kerja (worker holic) xpernah memikirka tentang anak2... don't judge a book by it's cover.... kadang-kadang ibu2 seperti ini lebih mahukan ruang dan masa untuk bersama dengan anak2, disebabkan kerja yg dipertanggungjawabkan kepada mereka, semua itu diketepikan... tp lain plop yang kt fikir "ibu lebih pentingkan keje". "ibu xsayang saya" dan byak lg... tp pernah x kta fikir, selama kita berada dalam kandungan ibu, pernah x mereka merungut  ???? setiap detik dan ketika ibu membawa kt bersama dalam aktiviti seharian.. tanpa rungutan... dikala susah dan senang...  renung-renungkan....
 
apa yang sya tulis nie bkan untuk menghiris hati kwan2, tp untk peringatan bersama... untuk diri saye juga....
mulai hari ini, jadilah anak yang terbaik untuk ibu dan ayah kt... tiada yang kedua melainkan yang pertama...
n tiada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tiada insan yang berdosa yg tidak mempunyai peluang, ruang dan masa depan.......

Wallahu a'lam....










Tuesday, 30 October 2012




Lirik Lagu Tema Muara Hati – Siti Nurhaliza & Hafiz AF7
Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati
[Chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali
[Ulang chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta


Tuesday, 16 October 2012

RESEPI

Makan,makan,makan............ Hidup untuk makan,hoho...

So, hari ni rase macam nak kongsi resepi segala jenis makanan...

1) kek aiskrim



  • Cara untuk buat kek span adalah sama dengan cara kek span aiskrim strawberry yer :)
  • BAHAN2 AIS KRIM VANILA
  • Bahan A
  • 4 Biji Telur (gred AA)
  • 80 gm Gula Kastor
  • 3 Sudu Teh Vanila
  • 200 gm Whiping Cream
  • Bahan B
  • 375 gm Fresh Cream

Cara-cara

  1. P1010235
    Terlebih dahulu sediakan kek dan belah kek kepada 3 atau 2 lapis. Saya buat deko ni untuk 3 lapis kek dan 2 lapis ais krim.
  2. Bahan A di masak secara double boil sehingga sebati dan gula cair kemudian sejukkan.
  3. Bahan B dipukul sehigga kental, seperti nak buat toping kek, jangan terlalu kasar nanti banyak ruang udara.
  4. Campurkan bahan A tadi kedalam bahan b dengan menggunakan wisk, kacau perlahan-lahan. bahagi ais krim kepada 2 bahagian sama banyak.
  5. P1010281
    Letakkan kek lapisan paling bawah dalam loyang sepadan atau gunakan plastik roll. macam saya buat ni.
  6. P1010282
    Kemudian ratakan aiskrim di atas kek tersbut.
  7. P1010283
    Lapiskan dengan kek lapisan kedua dan kemudian ais krim. dan atas sekali lapisan kek yang terakhir. bermakna 3 lapisan kek dan 2 lapisan ais krim.
  8. P1010288
    Setelah siap balut dengan plastik wrap dan masukkan dalam peti beku minima 3 jam. Buka plastik roll dan ini lah rupa nya setelah dikeluarkan dari peti sejuk.
  9. P1010290
    N then boleh lah di topingkan dengan menggunakan fresh cream lebih kurang 1 setengah cawan.
Mahap yer saya tak leh nak potong kek ni untuk tunjuk bahagian dalam sebab kek b kek kastemer.. hehe.. 


2) kek aiskrim oreo



* 3 bungkus biskut oreo
* 2 liter aiskrim perasa Grand Caramel Almond Fudge
* 100 grm white cooking chocolate
* 100 grm butter dicairkan
cara menyediakan:

1- Guna dalam 1 1/2 paket biskut oreo yang dibuang krimnya.Masukkan kedalam bag plastik dan gelek sampai hancur -tak perlu terlalu halus (boleh juga dibeli biskut oreo yang dah dihancurkan)

2- Masukkan kedalam mangkuk dan tuang butter yang telah dicairkan tadi sedikit demi sedikit.kacau hingga bahan sebati.Masukkan kedalam spring-form berukuran 8 inci.Ratakan dan tekan hingga nampak padat dan licin berminyak.

3- Biskut oreo yang masih berbaki dibuka(tapi tak perlu buang krimnya) dan diatur keliling bekas kek seperti dalam gambar.Tekan sedikit agar biskut tertanam dan berdiri tegak
.
4- Keluarkan aiskrim 20 minit lebih awal.Bila lapisan bawah oreo dah siap,masukkan aiskrim kedalam mangkuk dan dikacau agar menjadi lembut.Curahkam aiskrim didalam bekas yang disediakan tadi.Ratakan dan tutup bekas dengan aluminium foil.Masukkan kedalam peti sejuk selama 1 atau 2 jam atau bahagian atasnya dah mengeras bila ditekan.

5-Panaskan coklat masakan dan masukkan kedalam bekas bentuk ABC untuk perkataannya.(yang ni sebenarnya P.Ros buat 2 hari lebih awal dan masuk dalam
 tupperware dan simpan dalam peti sejuk.

6- Panaskan sedikit white coklat dan biarkan sejuk seketika,masukkan kedalam piping bag .Keluarkan aiskrim yang telah separuh keras dan buat lakaran garisan diatasnya mengikut patern pilihan masing-masing.P.Ros buat garisan yang sama secara berulang alik dan bertentangan arah hingga coklet habis.

Masukkan semula kedalam peti sejuk dan biarkan semalaman.
3- 5 minit sebelum upacara potong kek bermula baru keluarkan dari peti sejuk.Keluarkan aiskrim kek dari bekasnya dan hiaslah sesuka hati diatas kek tu.   

Wednesday, 10 October 2012

kisah kekasih Allah (part 1)

Wahab Bin Munabbih

Wahab Bin Minabbih Al-Yamani adalah seorang ulama tabiin yang terkenal,lahir di Yaman pada tahun 34 Hijrah dan wafat pada tahun 110 Hijrah di negeri kelahirannya. Bapanya berasal dari Parsi yang datang ke Yaman kerana menyertai askar yang dihantar oleh Kaisar Parsi untuk merebut negeri Yaman. Bapa baginda mula masuk Islam ketika tersebarnya Ilam ke Yaman pada zaman Rasulullah s.a.w.

Pengetahuan Yang Luas

Wahab bin Muhibbah sangat luas ilmu pengetahuannya.Beliau bukan sahaja menguasai Al-quran dan Hadith tetapi juga pakat dalam kitab-kitab  lama, seperti kitab Taurat dan Injil. Di samping itu, beliau juga pakat dalam bidang sejarah dan syair.

Dalam bidang Hadith, beliau telah belajar dan mendengar dari sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. anataranya ialah Abu Hurairah, Abdullah bin Umar, Muaz bin Jabal, Jabir, Nukman bin Basyir dan lain-lain.
Dia juga mendengar hadith dari Tawus Al-Yamani seorang tabiin peringkat utama. 

Ramai para ulama yang mengambil hadith daripada Wahab, samada daripada golongan Tabiin atau sesudahnya. Ulama' hadith seperti terkenal seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Abu Daud, Imam Tarmizi dan An-nisa'i juga mengambil hadith daripada beliau. 

Sementara pengetahuannya dan kepakarannya mengenai Taurat, Injil, cerita Israiliyat dan zaman lampau menyamai Ka'bul Akhbar.  Para ulama' dan para sahabat juga mengambil cerita Israiliyat daripada beliau. Antaranya ialah Abu Hurairah, Ibnu Abbas dan Ibnu Umar. 

Wahab Bin Munibbah juaga terkenal dengan sikapnya yang alim sehingga dia dilantik memegang jawatan kadi di negeri Yaman.Wahab juga mempunyai kitab karangan bertajuk " At-tijanu fi Muluki Himyar".

p/s: ref- (kisah 85 kekasih Allah)- Haji Ahmad Muhd Abd Ghaffar.

Sunday, 7 October 2012

Belajar daripada pengalaman...

Saya rasa semua orang tahu bahawasanya melalui pengalaman kita akan dapat belajar sesuatu....

Semestinya kita merasakan macam bala jer kalau sesuatu perkara buruk berlaku tanpa diduga... tapi percayalah semua yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi dan ia bukan bala seperti yang kita fikirkan. Kadang- kadang apa yang kita tidak sukai itulah yang terbaik untuk kita...   Kita jangan lupa, sebagai seorang muslim/muslimah kita ada penolong yang paling hebat... Dia sentiasa menolong kita jika tiada siapa disamping  kita... Malah, dia juga lebih  mengetahui apa yang kita rasai.... Dia yang saya sebutkan adalah.........
      Allah -tuhan sekalian alam-


Saya pasti kawan-kawan juga pasti pernah mengalami situasi yang saya sebutkan td.. Saya juga pernah merasainya bukan sekali tapi berkali-kali. Pernah juga saya terfikir rasa macam tak berguna jer kalau hidup asyik ada problem jer... (astaghfirullah hak 'azim).... tapi itu dulu... bila usia makin dewasa dan dah  banyak pengalaman dah lalui, rase macam kelakar jer fikir macam tu... sekarang saya hanya berpegang pada ayat ini



     .........." حسبنا الله نعم الوكيل "    

                              

Wednesday, 26 September 2012

SUNNAH RASULLAH S.A.W

AND NOW.......
                                                
                                   PERKONGSIAN UNTUK MAKANAN ROHANI PULOK.....
                              JOM KITA SAMA-SAMA JAGA  SUNNAH RASULLAH S.A.W

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. 

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. 

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: 

Pertama:        tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 
Kedua:             membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat     dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 

Ketiga:             jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 

Keempat:       jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 
Kelima:            jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. 
Keenam:          jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". 

Ketujuh:         amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


http://www.rakanmasjid.com/artikel/25-lain-lain/502-jaga-7-sunnah-rasulullah-saw.html

6 TIPS KULIT CANTIK DAN SIHAT


         ASSALAMUALAIKUM.....

DAH LAMA RASANYA TAK  UPDATE BLOG... JADI HARAP KAWAN -KAWAN YANG LAIN AKAN TERUS MENJADI FOLLOWER INSAN YANG COMEI INI. HOHOHO...

WANITA DAN KECANTIKAN TIDAK DAPAT DIPISHKAN. JADI, SAYA ADA SEDIKIT MAKLUMAT UNTUK DIKONGSI BERSAMA... BAGI KAUM ADAM TIDAK SALAH KITA MENJAGA KECANTIKAN KERANA ALLAH SUKA AKAN KECANTIKAN .. TAPI YANG PALING PENTING NIAT BUKAN UNTUK MENUNJUK@RIAK ...SO, JOM SAMA-SAMA MENGAMALKAN CARA-CARA DI BAWAH BAIK BAGI KAUM HAWA ATAUPUN KAUM ADAM.... 

1.  Makan makanan berkhasiat. Hindari atau kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan berminyak. Kamu juga perlu menghindari makanan yang boleh menyebabkan punca kepada masalah jerawat dan berminyak. Contohnya kentang goreng dan minuman soda. Kamu perlu mengenalpasti makanan yang tidak perlu untuk tubuh kamu. Ini disebabkan setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. Kalau rasa kamu makan coklat hari ni, esok timbul jerawat. Hindari dari makan coklat. Banyakkan makan buah dan sayuran.
2.   Bersenam dan Minum Air Putih. Minum air putih lapan gelas sehari dan bersenam secara teratur. Siapa kata anda tidak boleh bersenam setiap hari? Kalau anda merupakan seorang suri rumah, peluang bersenam memang ada. Pastikan semasa mengemas rumah, tutup kipas atau aircond. Biarkan peluh keluar dari tubuh anda. Lakukan aktiviti menyapu, mengemas dan mop lantai sebagai rutin senaman di rumah. Selain anda sihat, rumah pun kemas kan ? jangan lupa banyakkan minum air kerana tubuh kita memerlukan air yang banyak. Kelancaran darah menjadikan kulit kembali berseri.


3.  Cuci muka sebelum tidur. Biasakan anda tidur dalam keadaan bersih. Cuci muka terlebih dahulu sebelum tidur. Anda juga boleh menggunakan krim malam untuk membaiki tekstur wajah atau melembapkan kulit. Sekali seminggu gunakan pupur wajah. Jangan pula anda tidur dengan pupur wajah masih di muka!

4.  Tidur yang cukup. Tidur lapan jam sehari amat penting. Ianya bertujuan untuk merehatkan badan agar sistem tubuh berjalan dengan baik. Jika anda tidak cukup tidur, anda akan menghadapi masalah jerawat dan tubuh lesu dan tidak bermaya. Selain itu, anda akan mula dikenali sebagai Pandawoman disebabkan wujud lingkaran gelap bawah mata!

5.  Lindungi kulit daripada Matahari. Penting untuk kita melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari. Ianya untuk mengelakkan muka menjadi merah, terbakar dan timbul garis kedutan. Pakai krim tabir suria sebelum anda keluar rumah setiap hari.

6.   Berhenti merokok. Hey ladies! jangan merokok. Tak cun tau!

http://puspanita.motour.gov.my/tips-kesihatan/229-6-tips-kulit-cantik-a-sihat-.html