JellyPages.com

Friday 8 June 2012

Oooo... Baru tau....


Dari Aisyah ra. yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar 

haknya ke atas seorang perempuan ?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; 

"Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah 


menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada 

engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka 

parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan 

mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. 

Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu ?" Bersabda Rasulullah saw. 

"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya 

TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang 

berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG 

DAPAT MELAKUKANNYA." (HR Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Nabi saw. bersabda, “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang 


sah, sesungguhnya dia mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan 

ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah dan jika dia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah 

dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan 

oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu 

yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam 

(kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 

70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)

Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah saw. dan bertanya, “ Sesungguhnya 


sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, 

apakah hak suami terhadap isterinya ? Rasulullah saw. menjawab: “ Sesungguhnya hak 

suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau 

nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika 

sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri 

untuk sujud kepada suaminya.” (HR. Al-Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu 


untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam 

kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat 


kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” 

(HR Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak 


menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di 

belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (HR Ath-Thabrani)

Firman Allah swt. "... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara 


kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (an-Nisaa’: 34)

Nabi saw. bersabda, “Dan sebaik-baik wanita(isteri) ialah mereka yang boleh 


mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu 

menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika 

ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

Nabi saw. bersabda, “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan 


penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka 

aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa 


yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang 


syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (HR Abu Daud dan At-Tirmizi )

Nabi saw. bersabda menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, “ … dan wanita-wanita 


yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala 

mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala 

mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak 

mendapatkan wanginya Syurga pada hal wanginya boleh dihidu dari jarak perjalanan 

sekian dan sekian.” (HR Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah saw. dan para sahabat melakukan solat 


gerhana dengan solat yang panjang , Rasulullah saw. melihat Syurga dan Neraka. Ketika 

baginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat 

Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat 

kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa 

(demikian) wahai Rasulullah?” Baginda saw. menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” 

Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : 

“Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. 

Kalau kamu berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang 

panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia 

akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR 
Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa 


kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi 

kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat 

kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu 

adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara 

wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : 

“Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak 

mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan 


Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di 

akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang 
kamu suka". (HR Ahmad)

Nabi saw. bersabda, “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan 


suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)

No comments:

Post a Comment