JellyPages.com

Tuesday 30 October 2012




Lirik Lagu Tema Muara Hati – Siti Nurhaliza & Hafiz AF7
Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati
[Chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali
[Ulang chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta


Tuesday 16 October 2012

RESEPI

Makan,makan,makan............ Hidup untuk makan,hoho...

So, hari ni rase macam nak kongsi resepi segala jenis makanan...

1) kek aiskrim



  • Cara untuk buat kek span adalah sama dengan cara kek span aiskrim strawberry yer :)
  • BAHAN2 AIS KRIM VANILA
  • Bahan A
  • 4 Biji Telur (gred AA)
  • 80 gm Gula Kastor
  • 3 Sudu Teh Vanila
  • 200 gm Whiping Cream
  • Bahan B
  • 375 gm Fresh Cream

Cara-cara

  1. P1010235
    Terlebih dahulu sediakan kek dan belah kek kepada 3 atau 2 lapis. Saya buat deko ni untuk 3 lapis kek dan 2 lapis ais krim.
  2. Bahan A di masak secara double boil sehingga sebati dan gula cair kemudian sejukkan.
  3. Bahan B dipukul sehigga kental, seperti nak buat toping kek, jangan terlalu kasar nanti banyak ruang udara.
  4. Campurkan bahan A tadi kedalam bahan b dengan menggunakan wisk, kacau perlahan-lahan. bahagi ais krim kepada 2 bahagian sama banyak.
  5. P1010281
    Letakkan kek lapisan paling bawah dalam loyang sepadan atau gunakan plastik roll. macam saya buat ni.
  6. P1010282
    Kemudian ratakan aiskrim di atas kek tersbut.
  7. P1010283
    Lapiskan dengan kek lapisan kedua dan kemudian ais krim. dan atas sekali lapisan kek yang terakhir. bermakna 3 lapisan kek dan 2 lapisan ais krim.
  8. P1010288
    Setelah siap balut dengan plastik wrap dan masukkan dalam peti beku minima 3 jam. Buka plastik roll dan ini lah rupa nya setelah dikeluarkan dari peti sejuk.
  9. P1010290
    N then boleh lah di topingkan dengan menggunakan fresh cream lebih kurang 1 setengah cawan.
Mahap yer saya tak leh nak potong kek ni untuk tunjuk bahagian dalam sebab kek b kek kastemer.. hehe.. 


2) kek aiskrim oreo



* 3 bungkus biskut oreo
* 2 liter aiskrim perasa Grand Caramel Almond Fudge
* 100 grm white cooking chocolate
* 100 grm butter dicairkan
cara menyediakan:

1- Guna dalam 1 1/2 paket biskut oreo yang dibuang krimnya.Masukkan kedalam bag plastik dan gelek sampai hancur -tak perlu terlalu halus (boleh juga dibeli biskut oreo yang dah dihancurkan)

2- Masukkan kedalam mangkuk dan tuang butter yang telah dicairkan tadi sedikit demi sedikit.kacau hingga bahan sebati.Masukkan kedalam spring-form berukuran 8 inci.Ratakan dan tekan hingga nampak padat dan licin berminyak.

3- Biskut oreo yang masih berbaki dibuka(tapi tak perlu buang krimnya) dan diatur keliling bekas kek seperti dalam gambar.Tekan sedikit agar biskut tertanam dan berdiri tegak
.
4- Keluarkan aiskrim 20 minit lebih awal.Bila lapisan bawah oreo dah siap,masukkan aiskrim kedalam mangkuk dan dikacau agar menjadi lembut.Curahkam aiskrim didalam bekas yang disediakan tadi.Ratakan dan tutup bekas dengan aluminium foil.Masukkan kedalam peti sejuk selama 1 atau 2 jam atau bahagian atasnya dah mengeras bila ditekan.

5-Panaskan coklat masakan dan masukkan kedalam bekas bentuk ABC untuk perkataannya.(yang ni sebenarnya P.Ros buat 2 hari lebih awal dan masuk dalam
 tupperware dan simpan dalam peti sejuk.

6- Panaskan sedikit white coklat dan biarkan sejuk seketika,masukkan kedalam piping bag .Keluarkan aiskrim yang telah separuh keras dan buat lakaran garisan diatasnya mengikut patern pilihan masing-masing.P.Ros buat garisan yang sama secara berulang alik dan bertentangan arah hingga coklet habis.

Masukkan semula kedalam peti sejuk dan biarkan semalaman.
3- 5 minit sebelum upacara potong kek bermula baru keluarkan dari peti sejuk.Keluarkan aiskrim kek dari bekasnya dan hiaslah sesuka hati diatas kek tu.   

Wednesday 10 October 2012

kisah kekasih Allah (part 1)

Wahab Bin Munabbih

Wahab Bin Minabbih Al-Yamani adalah seorang ulama tabiin yang terkenal,lahir di Yaman pada tahun 34 Hijrah dan wafat pada tahun 110 Hijrah di negeri kelahirannya. Bapanya berasal dari Parsi yang datang ke Yaman kerana menyertai askar yang dihantar oleh Kaisar Parsi untuk merebut negeri Yaman. Bapa baginda mula masuk Islam ketika tersebarnya Ilam ke Yaman pada zaman Rasulullah s.a.w.

Pengetahuan Yang Luas

Wahab bin Muhibbah sangat luas ilmu pengetahuannya.Beliau bukan sahaja menguasai Al-quran dan Hadith tetapi juga pakat dalam kitab-kitab  lama, seperti kitab Taurat dan Injil. Di samping itu, beliau juga pakat dalam bidang sejarah dan syair.

Dalam bidang Hadith, beliau telah belajar dan mendengar dari sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. anataranya ialah Abu Hurairah, Abdullah bin Umar, Muaz bin Jabal, Jabir, Nukman bin Basyir dan lain-lain.
Dia juga mendengar hadith dari Tawus Al-Yamani seorang tabiin peringkat utama. 

Ramai para ulama yang mengambil hadith daripada Wahab, samada daripada golongan Tabiin atau sesudahnya. Ulama' hadith seperti terkenal seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Abu Daud, Imam Tarmizi dan An-nisa'i juga mengambil hadith daripada beliau. 

Sementara pengetahuannya dan kepakarannya mengenai Taurat, Injil, cerita Israiliyat dan zaman lampau menyamai Ka'bul Akhbar.  Para ulama' dan para sahabat juga mengambil cerita Israiliyat daripada beliau. Antaranya ialah Abu Hurairah, Ibnu Abbas dan Ibnu Umar. 

Wahab Bin Munibbah juaga terkenal dengan sikapnya yang alim sehingga dia dilantik memegang jawatan kadi di negeri Yaman.Wahab juga mempunyai kitab karangan bertajuk " At-tijanu fi Muluki Himyar".

p/s: ref- (kisah 85 kekasih Allah)- Haji Ahmad Muhd Abd Ghaffar.

Sunday 7 October 2012

Belajar daripada pengalaman...

Saya rasa semua orang tahu bahawasanya melalui pengalaman kita akan dapat belajar sesuatu....

Semestinya kita merasakan macam bala jer kalau sesuatu perkara buruk berlaku tanpa diduga... tapi percayalah semua yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi dan ia bukan bala seperti yang kita fikirkan. Kadang- kadang apa yang kita tidak sukai itulah yang terbaik untuk kita...   Kita jangan lupa, sebagai seorang muslim/muslimah kita ada penolong yang paling hebat... Dia sentiasa menolong kita jika tiada siapa disamping  kita... Malah, dia juga lebih  mengetahui apa yang kita rasai.... Dia yang saya sebutkan adalah.........
      Allah -tuhan sekalian alam-


Saya pasti kawan-kawan juga pasti pernah mengalami situasi yang saya sebutkan td.. Saya juga pernah merasainya bukan sekali tapi berkali-kali. Pernah juga saya terfikir rasa macam tak berguna jer kalau hidup asyik ada problem jer... (astaghfirullah hak 'azim).... tapi itu dulu... bila usia makin dewasa dan dah  banyak pengalaman dah lalui, rase macam kelakar jer fikir macam tu... sekarang saya hanya berpegang pada ayat ini



     .........." حسبنا الله نعم الوكيل "