JellyPages.com

Thursday 19 July 2012

CINTA



Cintakan bunga, bungakan layu,
cinta manusia, manusiakan pergi,
cintakan rasul, cinta sejati,
cintakan Allah.....
kekal abadi.

Lirik lagu di atas sesuai sangat dengan hidup kita sebagai seorang muslim... Kadang2 kita sebagai manusia apabila terlalu cintakan sesuatu selain daripada Allah, semuanya kita lupa... perkara yang baik mahupun buruk....dan kadang kala kita akan bertindak di luar kemahuan kita... 
lebih2 lagi apabila cinta kepada manusia. Ini tidak dapat dinafikan bahawa memang fitrah manusia ingin dicintai dan menyintai. Tapi, semuanya terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana mereka mencorak sesebuah perhubungan. Samada berlandaskan hukum Allah ataupun tidak.. jika hukum Allah menjadi tunggak utama dalam perhubungan pasti tiada istilah 'couple' atau pun 'couple islamik' dalam kehidupan kita pada hari ini, tapi apa yang berlaku sebaliknya...  Dunia oh dunia......

Sedarlah wahai saudara2ku, hidup ini hanya pinjaman, semua di dunia hanya sementara termasuklah insan2 yang kamu sayangi dan cintai..
Dan hanya Allah sahaja yang akan kekal untuk selama-lamanya... 
                                                 Cintailah Allah kerana hanya Dia yang kekal abadi..

No comments:

Post a Comment