JellyPages.com

Tuesday 31 July 2012

Kekeliruan faham di sebalik ayat 'poligami itu sunnah'

  Segelintir orang gemar menggunakan ayat'poligami itu sunnah', hingga membekaskan kefahaman kepada sebahagian masyarakat bahawa poligami  itu digalakkan dalam islam, mulia dan perlu dilakukan oleh sebahagian orang.


  Mungkin orang yang mengungkapkan ayat ini bermaksud mengatakan ia sunnah secara umum iaitu sunnah yang meliputi semua perbuatan Nabi. Namun, ayat ini selalu difahami oleh masyarakat daripada sudut pengertian hukum fiqh, bukannya daripada pegertian para ahli hadith dan para usul.


  Sunnah di sisi Fiqh adalah sesuatu perbuatan yang sekiranya dibuat mendapat pahala, sekiranya ditinggalkan tidak mendapat dosa atau pendek kata ia digalakkan.


  Sunnah di sisi ahli hadith lebih luas maksudnya meliputi kata-kata, perbuatan, persetujuan (taqrir), dan sifat Nabi daripada sudut fizikal dan akhlak. Sunnah di sisi para ahli usul pula dihadkan kepada kata-kata, perbuatan dan persetujan Nabi (taqrir) kerana ia mempunyai kesan hukum. 
  
  Hukum yang tepat bagi poligami adalah harus dan bukannya sunnah. Ia mempunyai dalil-dalil yang kuat oleh jumhur ulama'bagi meletakkan hukum asal ini.


  Wajarkah kita menggunakan perkataan sunnah dalam konteks ini dengan takrif ahli hadith dan ahli usul , jika masyarakat memahaminya dengan takrif Fiqh? Maka, pada hemat penulis, ayat 'poligami itu sunnah' wajar ditinggalkan sebagaimana wajarnya kita meninggalkan ayat 'perhambaan itu sunnah', 'pemerdagangan orang itu sunnah', penceraian itu sunnah' supaya masyarakat tidak keliru dan memahaminya sebagai suatu galakan meskipun Nabi memang melakukan perkara-perkara di atas. 


   Ada sesetengah golongan yang menyebut begini, "poligami itu sunnah tetapi hukummya bukan sunat dan bukan digalakkan". Namun, perlu diingat  bahawa Rasullah bermonogami selam 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun sahaja pada akhir usia baginda. Maka, sunnah bermonogami lebih mendominasi daripada sunnah berpoligami. Maka, boleh juga menyebut monogami itu sunnah. Bagi lebih memendekkan perkataan, tinggalkan sahaja ayat 'poligami itu sunnah'. dan bertukar kepada 'poligami cuma harus'. (dipetik daripada  buku Sebarkan Cintamu karya Fatimah Syarha bt Noordin.)

p/s : saya tahu pasti kawan2 sume dah bacekan buku tu.... Tapi, bagi sapa2 yg blum bace buku tu, bacalah sebab banyak ilmu yang kita akan dapat... tapi saya pun blum abis bace lagi... hehe..

 



No comments:

Post a Comment