JellyPages.com

Wednesday 10 October 2012

kisah kekasih Allah (part 1)

Wahab Bin Munabbih

Wahab Bin Minabbih Al-Yamani adalah seorang ulama tabiin yang terkenal,lahir di Yaman pada tahun 34 Hijrah dan wafat pada tahun 110 Hijrah di negeri kelahirannya. Bapanya berasal dari Parsi yang datang ke Yaman kerana menyertai askar yang dihantar oleh Kaisar Parsi untuk merebut negeri Yaman. Bapa baginda mula masuk Islam ketika tersebarnya Ilam ke Yaman pada zaman Rasulullah s.a.w.

Pengetahuan Yang Luas

Wahab bin Muhibbah sangat luas ilmu pengetahuannya.Beliau bukan sahaja menguasai Al-quran dan Hadith tetapi juga pakat dalam kitab-kitab  lama, seperti kitab Taurat dan Injil. Di samping itu, beliau juga pakat dalam bidang sejarah dan syair.

Dalam bidang Hadith, beliau telah belajar dan mendengar dari sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. anataranya ialah Abu Hurairah, Abdullah bin Umar, Muaz bin Jabal, Jabir, Nukman bin Basyir dan lain-lain.
Dia juga mendengar hadith dari Tawus Al-Yamani seorang tabiin peringkat utama. 

Ramai para ulama yang mengambil hadith daripada Wahab, samada daripada golongan Tabiin atau sesudahnya. Ulama' hadith seperti terkenal seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Abu Daud, Imam Tarmizi dan An-nisa'i juga mengambil hadith daripada beliau. 

Sementara pengetahuannya dan kepakarannya mengenai Taurat, Injil, cerita Israiliyat dan zaman lampau menyamai Ka'bul Akhbar.  Para ulama' dan para sahabat juga mengambil cerita Israiliyat daripada beliau. Antaranya ialah Abu Hurairah, Ibnu Abbas dan Ibnu Umar. 

Wahab Bin Munibbah juaga terkenal dengan sikapnya yang alim sehingga dia dilantik memegang jawatan kadi di negeri Yaman.Wahab juga mempunyai kitab karangan bertajuk " At-tijanu fi Muluki Himyar".

p/s: ref- (kisah 85 kekasih Allah)- Haji Ahmad Muhd Abd Ghaffar.

No comments:

Post a Comment